Sukan Telematch

Pada minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan sukan permainan Telematch, sempena Hari Sukan tahunan yang akan diadakan pada hari Sabtu, 12hb Mac 2011. Pada Isnin minggu lepas, kerana tidak mempunyai peralatan sukan yang cukup, kami hanya diberi taklimat tentang apa yang perlu dilakukan pada hari seterusnya. Antara aktiviti sukan yang diadakan adalah "Obstacle Course" dan permainan Futsal yang kami panggil "Futsal Dajjal" kerana kami perlu menutup muka kami dengan kon dan hanya dapat melihat daripada ruang yang kecil.

Keesokan harinya, kami disuruh beratur di dalam rumah sukan kami, kemudiannya kami diarahkan untuk pergi ke mesyuarat rumah sukan untuk membincangkan teknik-teknik dan strategi yang perlu ada sewaktu bermain permainan itu..

Kira kira pukul 10, acara "Obstacle Course" bermula, pelajar Tingkatan 1 memulakan permainan dahulu, seterusnya Tingkatan 2 dan akhirnya giliran kami pelajar tingkatan 3 untuk bermain permainan itu, sewaktu saya beratur untuk bermain, hati berasa berdebar-debar kerana persaingan dengan ahli rumah sukan lain sangat sengit. Masa kami yang direkodkan makin baik setiap kali permainan ini diadakan, pada hari jumaat, masa kami ialah 1 minit 12 saat, ada seorang rakan kami memberitahu jikalau kami tidak membuat sebarang kesalahan semasa menyusun tayar kami mungkin dapat menghabiskan permainan ini tidak sampai 1 minit