Sekolah

Minggu lepas saya berasa sangat tidak puas hati dengan pihak sekolah,

Pertama sekali, mereka menukarkan jadual peperiksaan daripada 18 Mei 2011 kepada 16 Mei 2011 dan mereka batalkan cuti Hari Wesak, dan tidak mengganti cuti itu, Dengan alasan yang mereka perlukan 2 minggu penuh supaya ujian berjalan dengan lancar, Ye la tu, Masa terima jadual ujian, ujian tidak sampai 1 minggu. Dah lah pada cuti Hari Wesak saya mempunyai banyak jemputan perkahwinan antaranya ialah perkahwinan anak cikgu Tuisyen saya, saya berasa bersalah jika tidak pergi ke majlis perkahwinan itu kerana anak cikgu Tuisyen saya kadang kala mengajar saya juga. Apa boleh dibuat, redha sajalah, kalau tak ada ujian pada hari itu pasti saya akan ponteng sekolah.

Kedua, program mentor menti, saya tak tahulah kenapa, kalau guru pilih saya untuk masuk apa apa kumpulan, mesti kumpulan yang muridnya saya tak sukai dan budak budak nakal.. haihh, nasib, nasib...

Tambahan lagi dengan sistem sekolah yang terlalu menumpukan terhadap agama, ini tak boleh buat, itu tak boleh buat, macam manalah nak hidup.. haihh, boleh menjadi extremis... Kalau boleh saya ingin pindah sekolah secepatnya

minggu Folio

Semakin hari semakin dekat tarikh untuk menghantar folio geografi dan sejarah, pejam celik pejam celik dah bulan 5, Setelah sedar bahawa saya telah terlambat untuk memulakan folio ini, saya pun berasa panik dan perasaan atau mood untuk membuat perkara lain hilang, asyik terfikirkan pasal Folio sahaja, jika folio ini tidak disiapkan, nanti ianya akan menjejaskan markah PMR kami... Jadi saya telah merancang untuk membuat folio beramai-ramai di rumah saya, Saya kemudian tanya kepada rakan-rakan saya yang mahu membuat folio di rumah saya..

Setelah seminggu merencana tarikh bila kami hendak membuat folio kami, kami bersetuju untuk membuatnya pada hari Jumaat 30 Haribulan 4 2011, Pada hari jumaat itu, saya TERPAKSA ponteng sekolah demi kebaikan masa hadapan, pagi Jumaat itu saya bangun dalam pukul 10 pagi, kemudian, Amirul, Harith dan Ikmal tiba di rumah saya pada pukul 11:30 pagi, mereka agak sesat hendak cari rumah saya, tetapi jumpa akhirnya. Kami membuat folio Geografi sementara menunggu solat Jumaat.


Tepat pukul 1 petang, kami bertolak ke Masjid Bukit Indah untuk mengerjakan Solat Jumaat, setelah habis solat jumaat, saya mengambil seorang rakan saya yang bernama Hilmi, kemudian kami berhenti di McDonald's untuk membeli Ais Krim..

Setelah tiba di rumah saya, Bibik sudah siap menyediakan makan tengahari, Mi Goreng. Selepas makan, 2 orang lagi rakan saya tiba, kami membuat folio sehingga pukul 6 petang.

Jom!!! Jadikan Malaysia terkenal di Facebook!

Kita, sebagai orang Malaysia, mempunyai rakan Facebook yang terbanyak jika dibandingkan dengan negara lain. Kita, tidak kira bangsa dan agama, warga Malaysia, meluangkan masa yang begitu banyak melayari Facebook

Tidakkah bagus jika kita bergabung dan membuat permohonan yang amar besar supaya pihak Facebook menjadikan Malaysia Ibu Kota Facebook se dunia? Cabaran diterima!! Tidak ada yang mustahil jadi mari kita datang bersama-sama bergandengan tangan dan mula menjemput rakan-rakan anda, Churpers!

Hanya letakkan gambar profil anda ke galeri MOVEMENT. Gambar anda akan membantu kami mencipta kad undangan terbesar yang pernah ada . Sangat besar sehingga FB tidak akan mengabaikan kita! Tunjukkan  sokongan dan anda boleh menang jemputan eksklusif ke DiGi's LIVE FB Party.

Jom!, Klik untuk info lebih lanjut, Kongsi link ini dan jadikan Malaysia sebuah negara yang terkenal.  Yeeha!

Saya mahu LIVE FACEBOOK Party! #DiGiForALL

---------------------------
Catatan ini adalah catatan berbayar
---------------------------

Penat

Semenjak dua menjak ini,  terdapat banyak sangat kerja sekolah yang ditugaskan kepada kami dibuat, Pada asalnya Sejarah, Kami perlu membuat 3 Elemen dalam folio Sejarah, yang memerlukan kami untuk pergi ke tempat tempat tertentu untuk mengumpul data, men temuramah dan sebagainya, Folio Geografi pun tidak kurangnya. Folio Sejarah perlu dihantar pada 3 Mei dan saya langsung tidak membuat apa apa lagi. Folio Geografi saya tidak pasti bila perlu hantar... Kemudian, Folio Seni, sudahlah saya tidak faham apa apa, folio perlu hantar akhir bulan April pula...

Kemudian, kerja khusus Kemahiran Hidup, saya dahlah tak tahu mereka cipta sesuatu benda, dan saya tidak suka menggunakan alatan alatan seperti gegaji dan sebagainya..

Sementara menaip ini, saya sedang membuat kerja Bahasa Melayu saya yang sepatutnya dibuat berkumpulan, tetapi masalahnya sekarang ialah mereka memilih saya untuk menjadi ahli kumpulan mereka adalah untuk menyuruh saya membuat SEMUA SEKALI! Apa kamu ingat saya KULI?!?!?!?!?!?!, Haihzz... Letih tau tak?


Saya sekarang ini sangat memerlukan cuti, saya mahu bercuti di luar negara untuk menenangkan fikiran

Hari yang sangat meletihkan

Hari isnin adalah hari yang amat meletihkan bagi kita, ramai orang mempunyai "Monday Blues" kerana mereka telah bercuti pada sabtu dan ahad. Ini termasuk pelajar sekolah.

Saya juga selalu merasakan begitu, malahan, kerana terlalu letih pada hari Isnin semalam, saya telah tidur selepas Maghrib tanpa makan malam..

Hari Isnin, semalam, juga, di sekolah, 2 orang tidak hadir ke kelas. Tempat duduk saya ialah 3 meja dan saya duduk di tengah, tetapi semalam tiada siapa yang hendak duduk dengan saya, saya berasa seperti saya tidak mempunyai kawan. Jika di sekolah lama, ramai kawan yang mahu duduk dekat dengan saya untuk bercakap cakap, bermain dan sebagainya, saya berasa asing bila di kelas sekarang ini.

Digi Roaming, bahagian 2

Di Thailand tiada perkhidmatan 3G, dan saya terpaksa menggunakan koneksi internet yang lebih perlahan, iaitu EDGE, tetapi saya tidak menghiraukan hal itu kerana tujuan saya datang ke Phuket adalah untuk melancong, merehatkan minda dan bukan untuk memuat turun fail fail yang besar yang selalu dibuat di rumah. Saya cukup gembira dengan perkhidmatan DTAC, tidak ada gangguan telefon ketika saya berada di situ.

Pada pukul 6 petang, kami perlu meninggalkan "premium outlet" dan terus menuju ke Lapangan Terbang Phukety, saya berasa sangat sedih untuk meninggalkan pulau Phuket, masa berlalu begitu pantas yang saya dapat rasa yang saya baru tiba di Phuket sehari yang lepas walaupun telah berada di sana selama 4 hari. Semasa menunggu untuk menaiki kapal terbang, saya membuat keputusan untuk melayari internet di komputer riba saya. Jadi, saya menghidupkan Wi-Fi di komputer riba saya.



Adakah anda fikir bahawa adanya Wi-Fi percuma di lapangan terbang itu, jawapannya tidak, semuanya perlu di bayar. Saya kemudian tergerak hati untuk melancarkan aplikasi "WiFi Router" dari telefon bimbit saya, 
dan saya dapat menggunakan internet di komputer riba saya melalui koneksi internet di telefon bimbit saya menggunakan perkhidmata DTAC - DiGi Roaming. Kelajuan internet tidaklah sepantas mana tetapi saya dapat lah juga melayari internet.

Setelah 15 minit melayari internet di komputer riba, sampai masanya untuk menaiki kapal terbang, dan saya berasa sebak kerana perlu meninggalkan pulau itu. Dan apa yang saya dapat katakan ialah, tahniah dan terima kasih kepad pihak DiGi dan DTAC kerana membolehkan saya untuk melayari internet on-the-go walaupun dimana saya berada dengan harga yang berpatutan..

DiGi Roaming, bahagian 1

2 Weeks yang lepas,  Semasa saya berada di Phuket, Thailand, Saya menggunakan kad sim tempatan yang bernama AIS, dalam 4 hari sahaja I telah menambah nilai kad prabayar tersebut sebanyak 500 baht iaitu RM50, Tetapi, baki kredit saya dihabiskan dengan pantas kerana telefon bimbit saya menggunakan talian internet 24/7.

 Berasa kecewa, saya memutuskan bahawa saya akan mengguna perkhidmatan DiGi "Data Roaming".



Jadi saya menunggu sehingga pukul 12:30 pagi, sebelum masuk tidur untuk mengaktivkan khidmat ini. Tepat pada waktu 12:40 pagi, saya mengeluarkan kad sim tempatan dan memasukkan kad sim DiGi kembali ke dalam telefon bimbit saya, Oh, Sebelum itu saya sudah mematikan semua perkhidmatan data dan internet kerana saya takut bahawa mereka akan mula untuk meng"charge" kadar bayaran yang sangat tinggi kerana saya berada di luar negara. Setelah telefon saya telah dihidupkan semula, saya menukar tetapan telefon saya ke Rangkaian Seleksi  Manual dan memilih DTAC, dan akhirnya menghidupkan "Roaming Data" saya di telefon saya, dan saya pergi tidur selepas itu.

Di pagi hari saya bangun dan melihat  Sambungan Data aktif di telefon saya, jika saya menggunakan sim tempatan saya akan segera mematikannya kerana ia akan mengurangkan kredit saya, tapi kali ini saya biarkan sambungan data itu hidup

Sukan Telematch

Pada minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan sukan permainan Telematch, sempena Hari Sukan tahunan yang akan diadakan pada hari Sabtu, 12hb Mac 2011. Pada Isnin minggu lepas, kerana tidak mempunyai peralatan sukan yang cukup, kami hanya diberi taklimat tentang apa yang perlu dilakukan pada hari seterusnya. Antara aktiviti sukan yang diadakan adalah "Obstacle Course" dan permainan Futsal yang kami panggil "Futsal Dajjal" kerana kami perlu menutup muka kami dengan kon dan hanya dapat melihat daripada ruang yang kecil.

Keesokan harinya, kami disuruh beratur di dalam rumah sukan kami, kemudiannya kami diarahkan untuk pergi ke mesyuarat rumah sukan untuk membincangkan teknik-teknik dan strategi yang perlu ada sewaktu bermain permainan itu..

Kira kira pukul 10, acara "Obstacle Course" bermula, pelajar Tingkatan 1 memulakan permainan dahulu, seterusnya Tingkatan 2 dan akhirnya giliran kami pelajar tingkatan 3 untuk bermain permainan itu, sewaktu saya beratur untuk bermain, hati berasa berdebar-debar kerana persaingan dengan ahli rumah sukan lain sangat sengit. Masa kami yang direkodkan makin baik setiap kali permainan ini diadakan, pada hari jumaat, masa kami ialah 1 minit 12 saat, ada seorang rakan kami memberitahu jikalau kami tidak membuat sebarang kesalahan semasa menyusun tayar kami mungkin dapat menghabiskan permainan ini tidak sampai 1 minit

Rumah

Minggu yang lepas adalah minggu untuk mendekorasi semula rumah saya.

Saya tidak tahu dimana ayah mendapat duit untuk mendekorasi rumah tetapi yang saya tahu ia pasti hutang.. :p

OK, pada hari Sabtu yang lepas, dalam kira-kira pukul 10 pagi, seorang wakil dari Gintell menelefon talian rumah kami dan berkata hendak datang ke rumah saya untuk menghantar dan memasang kerusi urut yang baru dibeli untuk menggantikan kerusi urut yang sedia ada yang sudah usang. Dalam pukul 1 petang, pihak Gintell datang dengan membawa 1 trak penuh dengan barang Gintell. Saya membenarkan mereka masuk ke rumah kami. Mereka membuka kotak kerusi urut baru, mereka mengambil kerusi urut lama untuk "Trade-In", kerusi baru itu mereka membawa masuk dan memasangnya. Tetapi mereka belum selesai lagi, semasa membeli kerusi urut itu, kami dapat hadiah percuma iaitu sebuah basikal eksersais. Mereka keluarkan kotak basikal dari trak mereka lalu memasangnya dulu sebelum masuk ke rumah kami. Terlampau banyak bahagian bahagian kecil yang perlu dipasang 1 per 1. Saya tengok mereka buat pun sudah nampak susah, nasib baiklah bukan beli di IKEA di mana kena pasang sendiri, mampos lah kalau macam itu.

Keesokan harinya, ayah memberitahu kami yang ayah telah membeli Sofa baru untuk ruang tamu. Kami sedang melawat nenek saya punya kakak yang terlantar di Hospital, pihak Fella Design cuba untuk menelefon ayah saya sebanyak 8 kali untuk memberitahu bahawa mereka akan datang ke rumah kami, tetapi semasa berada di Hospital itu, ayah tertinggal telefon bimbitnya di dalam kereta. Setelah meninggalkan hospital untuk pulang ke rumah, ayah cuba untuk menelefon mereka balik tetapi mereka tidak angkat telefon. Apabila tiba di rumah, kami lihat sofa lama sudah di taruk di hadapan rumah sedia untuk di buang, tetapi ayah mahu merubah tempat untuk letak sofa dan kabinet yang sedia ada di situ..

Setelah semua selesai, saya berasa sangat penat dan terus tidur dan tidak hadir ke kelas tuisyen malam berkenaan

Kisah seorang guru

Ini adalah kisah tentang seorang guru yang menangis di dalam kelas tatkala mahu mengajar anak muridnya supaya berjaya kelak di masa hadapan.

Hari Isnin, 21 February 2011- 11:25 pagi.

Selepas habis bermain P.E pada pukul 11:15 pagi, kami dibenarkan balik ke kelas kami. Seperti biasa, semua keletihan selepas bermain bola sepak. Kami semua duduk di hadapan kelas untuk menikmati kenyamanan pendingin hawa, badan kami semua berpeluh.. Hmm, Kami di sini bermaksud rakan rakan saya, saya bercakap bagi pihak mereka kerana saya tidak bermain sewaktu P.E dan terkantoi yang saya tidur di dalam kelas oleh seorang cikgu semasa waktu P.E . Guru Bahasa Arab kami tiba tepat pada waktu 11:25 pagi, dan seperti biasa, kami yang suka berlengah lengah mengambil "sweet time" kami sendiri. Satu per satu keluar dari kelas untuk salin pakaian, malahan ada yang mandi. Tetapi ini mengambil banyak masa, terpaksalah guru itu menunggu kami dan kacau sesi pembelajaran kami. Setiap yang keluar itu mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk ke tandas dan sebagainya. Manakala suku dari pelajar kelas kami tidak menyalin pakaian.

Seperti biasa juga, kami selalu membuat bising terutamanya selepas P.E, jadi, pembelajaran kami agak terganggu. Guru yang mengajar kami mula untuk marah, tetapi masih ada yang mengendahkan kemaharan dia dan sambung membuat kerja sendiri, iaitu membuat bising. Ramai lagi yang tidak suka akan pelajaran Bahasa Arab yang diajar itu.

Keadaan menjadi tidak terkawal, guru itu berasa sangat kecewa dengan kami, lalu memberi sepatah dua kata sambil menangis teresak-esak, dia kemudiannya meninggalkan kelas kami dan merajuk sambil mengatakan bahawa dia tidak akan masuk ke kelas kami untuk mengajar lagi..

Kasut

Pada hari Jumaat yang mulia dan indah lalu, Saya datang ke sekolah seperti biasa. Kami kemudiannya masuk ke kelas kerana tidak ada apa apa perhimpunan pada hari jumaat, Yang peliknya, sepatutnya adakanlah perhimpunan pada hari jumaat, ini, diadakan pada hari Khamis pula....

 Kami memulakan pelajaran pada hari itu dengan mata pelajaran Al-Quran, di mana kami di paksa suruh untuk membaca atau menghafal ayat Al-Quran. Mata Pelajaran seterusnya ialah USRAH, kami duduk melepak sambil mendengar seorang Ustaz yang telah saya lupa namanya. Hari itu berjalan dengan lancar...

TETAPI, Sewaktu masa Lunch (Makan Tengahari), kami semua bersiap siap sedia untuk keluar dari kelas untuk menuju ke Kantin atau Cafe untuk makan, sebelum keluar kelas, kami menyusun kasut-kasut kami di belakang kelas dengan teratur. Selepas habis Solat Jumaat, kami balik ke kelas, Alangkah terkejutnya apabila kami melihat kasut-kasut kami yang telah rapi disusun telah DIRAMPAS. Selepas bertanya kepada Ammar, seorang murid di kelas saya, dia mengatakan bahawa guru kelas kami telah merampas kasut kasut kami kerana ianya bertaburan dan tidak tersusun. Kami berasa terkejut. Tapi tidak apalah, mungkin ada sebab-sebab tertentu.

Semasa waktu pulang, pemilik-pemilik kasut yang telah dirampas berkumpul di depan bilik guru kelas kami. Guru kelas kami pun keluar dari biliknya dan menyatakan bahawa kasut kami bersepah dan jika hendak kasut itu balik, kami perlu membayar RM2.. HAH? RM2????? RM2 UNTUK KESALAHAN YANG KAMI TIDAK BUAT?????

Seorang rakan dari kelas saya pada waktu itu sedang lalu di depan bilik guru, dia kemudiannya menerangkan apa yang telah terjadi, rupa-rupanya, ada seorang murid Tingkatan 4 memasuki kelas kami lalu tidur di atas kasut kasut kami, TAK ADA TEMPAT LAIN KE NAK TIDUR???? Tetapi guru kami tetap mahukan RM2nya, dengan hati yang tak rela (takde duit pon, terpaksa hutang) saya membayar RM2.

Sampai hari ini saya berasa sangat bengang dengan apa yang telah terjadi

Perarakan sempena Maulidur Rasul

Pada hari ini, sekolah KAFA Integrasi Taman Sri Watan (Sekolah agama adik saya) telah menganjurkan perarakan sempena Maulidur Rasul.

Ibu mengejutkan saya, adik dan ayah dari tidur pada pukul 7 pagi, kami kemudiannya mandi dan bersiap siap untuk pergi ke sekolah agama adik saya itu. Kerana adik saya seorang pelajar di sekolah agama itu, dia perlu memakai pakaian sekolahnya. Kami bertolak dari rumah pada pukul 7.25 pagi dan sampai ke sekolah itu pada pukul 7:30 pagi.

Apabila tiba di sekolah itu, murid-murid sekolah itu perlu beratur ke dalam barisan kelas masing masing. Ustaz dan guru-guru sekolah itu kemudiannya memberi taklimat tentang apa yang akan berlalu, jalan mana yang perlu dilalui dan sebagainya.

Tepat pada pukul 7:45, Perarakan bermula, beberapa murid Darjah 6 memegang kain rentang dan berada di hadapan. Sebahagian guru menaiki kereta di belakang kami semua. Ada juga ibu bapa yang menaiki motorsikal mengikut anak anak mereka sambil merakam menggunakan kamera video.

Inilah jalan yang kami lalu, sejauh 1.9 kilometer..



Setelah tiba ke sekolah agama, kami diberi makanan ringan iaitu roti bun dan air soya, seorang guru kemudiannya membuat presentasi tentang Maulud Nabi. Kerana terbiasa dengan "adat" yang ada di sekolah saya... iaitu tidur semasa guru sedang membuat presentasi di hadapan, maka saya pun tertidurlah sebentar.

Setelah habis presentasi tersebut, kami dibenarkan pulang ke rumah, tapi sebelum itu mereka mengedarkan sarapan pagi yang merupakan 1 paket nasi lemak untuk dibawa pulang. Setelah tiba di rumah, kami sekeluarga terus tidur terlentang kerana terlalu letih meng"eksersais" tadi...

Suatu pagi di bulan Februari

Pada pagi hari ini, Isnin 14 Februari 2011, Sekolah biasanya mengadakan perhimpunan.

Saya datang awal ke sekolah seperti biasa..... Pada kira kira 7:55 pagi, saya dan rakan rakan turun untuk memasuk ke perhimpunan. Perhimpunan kali ini agak berbeza dengan perhimpunan yang sebelumnya kerana hari ini kumpulan Nasyid dari Indonesia datang untuk bernasyid depan kami semua sewaktu perhimpunan. Suara mereka agak bagus...

Setelah itu, terdapat beberapa pengumuman oleh guru-guru tentang apa yang sekolah akan menganjurkan pada minggu ini. Setelah tamatnya perhimpunan, guru-guru sekolah menengah dipanggil untuk briefing tentang... hmm saya pon tidak tahu...

Selepas itu, pengawas tidak membenarkan kami untuk naik ke kelas. Kami berasa amat bengang... Kami kemudiannya disuruh untuk beratur dengan betul betul kononnya, kami disuruh meletakkan tangan ke atas bahu rakan di depan dan kemudian menjatuhkan balik.. Haishhh, macam budak-budak.. Sekolah lama saya pun tidak membuat macam itu, Pengawas itu kemudian menyuruh kami membaca ayat ayat dan berdiri tegak tidak boleh bergerak, kemudian ada orang bergerak, kami di PAKSA melakukan semua benda sekali lagi..

Takkan hendak bergerak untuk mengorek hidung yang berasa sangat gatal pun tidak boleh????????, Haih.. Dugaan... Dugaan, Apabila tiba di kelas, guru Matematik kami sudah menunggu, kami semua tidak ada "mood" untuk belajar...

IKEA & Ikano Power Centre & Cat Rumah

Pada hari Sabtu yang lepas, kami sekeluarga mengecat Ruang Makan kami. Tetapi adik dan ayah yang mengecat hampir 3/4 dari dinding dinding yang berada di ruang makan.

pada hari Ahad pula, kami pergi ke IKEA untuk membeli barang barang untuk bilik saya. Apabila tiba di IKEA, kami naik eskalator untuk naik ke tingkat atas, disitu adik mengambil pensil dan sehelai kertas dari IKEA untuk cacat apa yang mahu dibeli, tempat itu sungguh sesak dengan orang ramai. Setelah mencari Kerusi lipat yang saya hendak, kami jumpa barang itu di "Self-Service counter", Kemudian adik memilih kusyen kerusi berwarna merah jambu. yang anehnya, harga kusyen itu lagi mahal dari kerusi lipat.

Setelah membeli kerusi tersebut, ayah meletakkan kerusi itu kedalam kereta, kami kemudiannya pergi ke Harvey Norman untuk membeli televisyen untuk bilik saya, setelah mencari model yang paling bagus untuk saya, Ibu ternampak sebuah Televisyen LG 42LX6500 3D LED. Harga asal televisyen itu berharga RM7200 tetapi entah bagaimana terdapat diskaun dan ayah dapat membeli televisyen itu dengan harga RM3900.

Hati saya berasa sangat gembira apabila mereka memasang televisyen ini di rumah kami

Cuti Raya Cina

Chinese New Year (CNY) jatuh pada tarikh 4 haribulan 2 2011, pada tarikh ini, semua warga Malaysia bercuti daripada Khamis hingga Ahad. Bagi yang bersekolah pula kami diberi cuti 1 minggu, Tetapi, Sekolah saya sangat *bernas* tidak mahu memberi kami 1 minggu cuti, saya yang berasa sakit hati "membuat" cuti saya sendiri pada hari Rabu minggu berkenaan. Pada hari rabu itu ibu saya mengambil cuti daripada kerja, kami pergi ke rumah Nenek untuk melawat nenek dan berbual bual dgn ibu-ibu saudara. Semasa berada di rumah nenek, saya mendapat satu pesanan ringkas (SMS) dari Ayah saya. Di dalam SMS tersebut ayah saya berkata yang kami akan pergi ke Port Dickson untuk bercuti pada hari Khamis, saya berasa amat gembira.

Pada pagi hari Khamis (hari pertama CNY), ibu telah mengejutkan saya, ayah dan adik pada pukul 9 untuk bersiap siap untuk pergi ke Port Dickson, kami bertolak dari rumah dalam pukul 11:30, lalu tiba di Port Dickson dalam pukul 2 kerana terdapat kesesakan lalu lintas di KL-Seremban Highway. apabila tiba di Port Dickson, kami "check-in" ke hotel yang kami tinggal, iaitu PNB Ilham Resort. Oh, Ibu dan ayah saudara serta adik saudara turut ikut tidur di Apartment kami.. Kerana letih kami tidur sebentar. Pada pukul 6 saya sekeluarga pergi berjalan-jalan di tepi pantai dan kemudiannya mandi di kolam renang yang disediakan hotel itu.

Keesokan harinya, selepas sarapan pagi, kami pergi ke pantai Blue Lagoon dan menyewa 2 buah kayak, ayah berkayak bersama adik dan saya berkayak bersama ibu, kami berkayak selama 1 jam. Ini adalah "tracklog" kayak kami. "Tracklog" ini dihasilkan menggunakan aplikasi My Tracks di dalam telefon bimbit saya.



Setelah penat berkayak, kami balik ke apartment kami untuk bersiap siap untuk pulang ke rumah.  Keadaan lalu lintas pada waktu balik agak lancar. Tiada kesesakan, setelah tiba di rumah, kami tidur kerana keletihan

Kisah sebuah restoran di Jusco Cheras

Pada hari Ahad, 30 Haribulan January 2011, saya pergi ke Jusco Cheras untuk membeli barang barang untuk bilik saya.

Apabila saya dan ibubapa tiba di Jusco Cheras, kami pergi mencari restoran untuk makan tengah hari, setelah membaca menu restoran satu per satu, kami pun masuklah ke restoran Black Canyon Coffee. Pelayan restoran itu yang berbangsa Bangladesh memberitahu kami bahawa terdapat "Fish & Chips" seperti yang saya minta. Apabila telah duduk dan sewaktu memesan makanan, seorang pelayan restoran yang berbangsa melayu meminta maaf kepada kami dan menyatakan bahawa "Fish & CHips" sebenarnya tiada dalam menu, tidak apa lah, saya pun memesan Nasi Goreng Cina tanpa sayur sayuran hanya telur, tetapi mereka tidak boleh memasak itu, lalu kerana terlalu lapar saya hanya memesan "Vegetarian Fried Rice", ibu bapa saya pun memesan makanan mereka.

Servis mereka sangat teruk, nasi goreng saya hanya dihidangkan kepada saya selepas 30 minit, makanan yang dipesan oleh ibu saya pula dihidangkan selepas 1 jam, sebaik sahaja ibu saya makan 1 sudu nasi yang dipesan, nasi itu berasa basi, ayah saya terus memanggil pelayan restoran untuk menukarkan dengan yang baru, setelah menunggu lebih 1 jam, nasi yang mahu ditukar baru masih lagi tidak dihidang, ayah sudah tidak tahan lalu menyuruh pelayan tersebut membatalkan pesanan makanan tersebut.

Apabila kami diberi bil, ayah saya terlihat yang nasi yang sudah di batalkan pesanan itu dimasukkan ke dalam bil, Pelayan itu berkata sesuatu pada ayah saya tetapi saya tidak mendengarnya, Ayah saya berang lalu menghentak meja makan dan menjerit ke pelayan tersebut supaya memanggil pengurus restoran itu, Kes itu dapat diselesaikan dalam 5 minit.. Saya tidak tahu dan  tak mahu bertanya apa yang terjadi. Kami tidak akan mengunjung ke Restoran itu selama-lamanya
.

Hari yang sangat tidak baik

Hari ini, Isnin, 31 Haribulan January 2011 adalah hari yang agak malang bagi saya dalam tahun 2011, Perayaan Tahun Baru Cina sudah hampir, sekolah-sekolah di seluruh negara sudah bermula untuk bercuti selama satu minggu, hanya sekolah saya yang tidak ada cuti, Apabila saya memberitahu rakan-rakan di Facebook mengenai cuti yang tidak diberi di sekolah saya, rakan-rakan mula untuk mengejek saya dengan cara mahu mengajak berjalan-jalan. Saya terpaksa tolak ajakan mereka, jika tidak tahun ini tahun PMR, saya akan pergi dengan mereka.

Pagi Isnin yang agak sejuk disebabkan hujan dimulakan dengan perhimpunan, saya harus jujur yang saya amat mengantuk sewaktu perhimpunan itu.. Tidak mengapalah, Pada waktu rehat, saya berasa sangat marah dan tidak berpuas hati dengan seorang murid di kelas saya, di Kafe dia telah menipu saya dengan memberikan saya nuget sebiji dengan harga RM1, selepas itu, plastik makanan itu dilemparkan ke arah saya tetapi ianya terjatuh ke lantai, Pada masa itu jugalah Puan Maimunan lalu dan menyuruh saya mengakatnya lalu buang ke dalam tong sampah, si "budak" itu sempat memberitahu guru itu yang saya membaling plastik itu..


LEpas makan tengah hari, pada subjek Sains, saya dan beberapa rakan kelas disuruh Ketuk-Ketampi 25 kali kerana tidak siap kerja rumah, walhal saya tidak hadir ke sekolah sewaktu guru itu menyuruh untuk membuat kerja itu. Harini ada hari yang sangat malang...

Keputusan UPSR 2008

Pada tahun 2008, saya berusia 12 tahun dan menghadapi peperiksaan besar UPSR. Saya mengambil ujian ini di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Ohh saya amat merindui sekolah itu...

Pada tahun itu, sekolah membuat banyak ujian ujian untuk melatihkan diri supaya dapat mengambil ujian UPSR ini dengan betul.

UPSR berlangsung pada bulan sembilan, saya tidak ingat tarikh tepatnya, Peperiksaan ini mengambil masa selama empat hari berturut turut,  Dua subjek setiap hari, kami juga dibenarkan pulang sekiranya telah siap dan telah memasti jawapan dalam kertas soalan itu diperiksa balik

Dalam bulan 11, keputusan UPSR telah diumumkan, saya bangun awal pada hari itu kerana teruja hendak mengambil slip peperiksaan saya, pada pagi yang indah itu, sekolah telah mengadakan persembahan persembahan yang tertentu, ada juga acara naik ke atas pentas untuk menerima "scroll" dan tanda sebagai tamatnya alam sekolah rendah.

Pada pukul 12 tengah hari, semua pelajar diarah supaya berada di dalam kelas masing masing, saya dan rakan rakan tidak sabar untuk mendapatkan keputusan kami, satu persatu nama yang dipanggil  dan diberitahu keputusannya, setelah dalam 10 orang dipanggil, nama saya pula yang dipanggil, Cikgu memberi saya slip dan berkata secara kuat "TAHNIAH, Anda telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR", itulah saat yang tidak boleh dilupakan dalam hidup saya. Saya berharap saya boleh dapat 8A untuk PMR tahun ini. InsyaAllah

Tentang diri saya

Nama yang diberikan oleh ibu bapa, Noor Azlan bin Mahmud. Saya dilahirkan di sebuah hospital di Ampang yang bernama Hospital Pakar Ampang Puteri, saya dilahirkan pada pukul 9:30 pagi bertarikh 21 Mac 1996 di bilik yang bernombor 321. Sayalah antara bayi yang teringan pada haritu dengan berat 2.95 kilogram.

Pada umur 3 tahun, saya telah dimasukkan ke taska yang berada di dalam kawasan rumah saya. Disitulah bermulanya saya cuba mengenali rakan rakan yang tinggal di tempat yang sama dengan saya.

Pada umur 5 tahun pula, saya dimasukkan ke sebuah tadika berdekatan dengan Ampang Jaya, Selangor, Tadika itu diberikan nama "Q-Dees", Di sinilah bermulanya alam persekolahan yang hampir dengan dunia persekolahan yang sebenar.

Praktis Cross-Country

Pada 11/1/11, Sekolah saya telah mengadakan praktis untuk acara Cross-Country (Merentas Desa) yang akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 January 2010, latihan cross country ini diadakan pada sesi KRS (Kadet Remaja Sekolah), pada pukul 3:25, kami mula beratur di pebendetah Adni, Selepas suma org telah beratur, para guru memulakan ucapan dan memberitahu berapa round kami akan berpusing dan menunjukkan peta jalan yang kami akan ikut.., setelah itu, kami memulakan perjalanan berpusing-pusing di taman perumahan di Taman Sri Ukay, saya dan kawan kawan asalnya mahu berlari, tetapi kerana tidak mahu kepenatan, kami hanya berjalan. Pada pusingan ke 2, kami sengaja mengikut jalan singkat, kemudian, kami terkantoi oleh ustaz Amar, namun begitu, ustaz Amar hanya mengendahkan kami. kalau tak silap saya hanya lakukan 2 atau 3 Round. Kemudian apabila tiba di rumah, saya mandi, solat asar, makan petang, kemudian saya terus terlena di atas Sofa, bibik saya kemudiannya mengejut saya  untuk solat maghrib, selepas solat maghrib, saya terus tidur sampai pagi.

Hospital Ampang Puteri

Saya adalah seorang remaja yang mempunyai pelbagai jenis penyakit seperti Asthma sejak lahir lagi, Seperti dalam catatan yang lepas, anda tahu yang saya dilahirkan di Hospital Pakar Ampang Puteri. Jikalau hendak dikatakan, sewaktu saya kecil, saya sering di "admitted" di Hospital ini, boleh dikatakan setiap tahun lah, Selalunya penyakit saya akan datang pada bulan Ramadhan, Pada hari Isnin, 24 Haribulan 1 tahun 2011, saya pergi ke hospital ini untuk berjumpa dengan doktor saya iaitu Dr. Wahab Sufarlan, Doktor ini pakar dalam bidang jantung, ataupun yang ada kena mengena dengan penyakit Asthma.

Saya tiba di klinik dia pada pukul 10:25 pagi, pada waktu itu doktor masih sedang melawat pesakitnya di ward ward hospital itu, setelah dia masuk ke dalam kliniknya, saya terpaksa tunggu lebih dari 2 jam dan sempat menonton drama melayu di Astro Ria dan masih belom dipanggil untuk berjumpanya, Akhirnya dia berjumpa dengan saya dan bertanya tentang khabar saya. Tidak sampai lima minit saya berada di dalam situ, setelah mengambil ubat, saya tengok bil untuk jumpa doktor itu ialah RM65, Saya amat kagum, hanya 5 minit dia boleh mendapat RM65