Perarakan sempena Maulidur Rasul

Pada hari ini, sekolah KAFA Integrasi Taman Sri Watan (Sekolah agama adik saya) telah menganjurkan perarakan sempena Maulidur Rasul.

Ibu mengejutkan saya, adik dan ayah dari tidur pada pukul 7 pagi, kami kemudiannya mandi dan bersiap siap untuk pergi ke sekolah agama adik saya itu. Kerana adik saya seorang pelajar di sekolah agama itu, dia perlu memakai pakaian sekolahnya. Kami bertolak dari rumah pada pukul 7.25 pagi dan sampai ke sekolah itu pada pukul 7:30 pagi.

Apabila tiba di sekolah itu, murid-murid sekolah itu perlu beratur ke dalam barisan kelas masing masing. Ustaz dan guru-guru sekolah itu kemudiannya memberi taklimat tentang apa yang akan berlalu, jalan mana yang perlu dilalui dan sebagainya.

Tepat pada pukul 7:45, Perarakan bermula, beberapa murid Darjah 6 memegang kain rentang dan berada di hadapan. Sebahagian guru menaiki kereta di belakang kami semua. Ada juga ibu bapa yang menaiki motorsikal mengikut anak anak mereka sambil merakam menggunakan kamera video.

Inilah jalan yang kami lalu, sejauh 1.9 kilometer..



Setelah tiba ke sekolah agama, kami diberi makanan ringan iaitu roti bun dan air soya, seorang guru kemudiannya membuat presentasi tentang Maulud Nabi. Kerana terbiasa dengan "adat" yang ada di sekolah saya... iaitu tidur semasa guru sedang membuat presentasi di hadapan, maka saya pun tertidurlah sebentar.

Setelah habis presentasi tersebut, kami dibenarkan pulang ke rumah, tapi sebelum itu mereka mengedarkan sarapan pagi yang merupakan 1 paket nasi lemak untuk dibawa pulang. Setelah tiba di rumah, kami sekeluarga terus tidur terlentang kerana terlalu letih meng"eksersais" tadi...

No comments:

Post a Comment