Rumah

Minggu yang lepas adalah minggu untuk mendekorasi semula rumah saya.

Saya tidak tahu dimana ayah mendapat duit untuk mendekorasi rumah tetapi yang saya tahu ia pasti hutang.. :p

OK, pada hari Sabtu yang lepas, dalam kira-kira pukul 10 pagi, seorang wakil dari Gintell menelefon talian rumah kami dan berkata hendak datang ke rumah saya untuk menghantar dan memasang kerusi urut yang baru dibeli untuk menggantikan kerusi urut yang sedia ada yang sudah usang. Dalam pukul 1 petang, pihak Gintell datang dengan membawa 1 trak penuh dengan barang Gintell. Saya membenarkan mereka masuk ke rumah kami. Mereka membuka kotak kerusi urut baru, mereka mengambil kerusi urut lama untuk "Trade-In", kerusi baru itu mereka membawa masuk dan memasangnya. Tetapi mereka belum selesai lagi, semasa membeli kerusi urut itu, kami dapat hadiah percuma iaitu sebuah basikal eksersais. Mereka keluarkan kotak basikal dari trak mereka lalu memasangnya dulu sebelum masuk ke rumah kami. Terlampau banyak bahagian bahagian kecil yang perlu dipasang 1 per 1. Saya tengok mereka buat pun sudah nampak susah, nasib baiklah bukan beli di IKEA di mana kena pasang sendiri, mampos lah kalau macam itu.

Keesokan harinya, ayah memberitahu kami yang ayah telah membeli Sofa baru untuk ruang tamu. Kami sedang melawat nenek saya punya kakak yang terlantar di Hospital, pihak Fella Design cuba untuk menelefon ayah saya sebanyak 8 kali untuk memberitahu bahawa mereka akan datang ke rumah kami, tetapi semasa berada di Hospital itu, ayah tertinggal telefon bimbitnya di dalam kereta. Setelah meninggalkan hospital untuk pulang ke rumah, ayah cuba untuk menelefon mereka balik tetapi mereka tidak angkat telefon. Apabila tiba di rumah, kami lihat sofa lama sudah di taruk di hadapan rumah sedia untuk di buang, tetapi ayah mahu merubah tempat untuk letak sofa dan kabinet yang sedia ada di situ..

Setelah semua selesai, saya berasa sangat penat dan terus tidur dan tidak hadir ke kelas tuisyen malam berkenaan

Kisah seorang guru

Ini adalah kisah tentang seorang guru yang menangis di dalam kelas tatkala mahu mengajar anak muridnya supaya berjaya kelak di masa hadapan.

Hari Isnin, 21 February 2011- 11:25 pagi.

Selepas habis bermain P.E pada pukul 11:15 pagi, kami dibenarkan balik ke kelas kami. Seperti biasa, semua keletihan selepas bermain bola sepak. Kami semua duduk di hadapan kelas untuk menikmati kenyamanan pendingin hawa, badan kami semua berpeluh.. Hmm, Kami di sini bermaksud rakan rakan saya, saya bercakap bagi pihak mereka kerana saya tidak bermain sewaktu P.E dan terkantoi yang saya tidur di dalam kelas oleh seorang cikgu semasa waktu P.E . Guru Bahasa Arab kami tiba tepat pada waktu 11:25 pagi, dan seperti biasa, kami yang suka berlengah lengah mengambil "sweet time" kami sendiri. Satu per satu keluar dari kelas untuk salin pakaian, malahan ada yang mandi. Tetapi ini mengambil banyak masa, terpaksalah guru itu menunggu kami dan kacau sesi pembelajaran kami. Setiap yang keluar itu mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk ke tandas dan sebagainya. Manakala suku dari pelajar kelas kami tidak menyalin pakaian.

Seperti biasa juga, kami selalu membuat bising terutamanya selepas P.E, jadi, pembelajaran kami agak terganggu. Guru yang mengajar kami mula untuk marah, tetapi masih ada yang mengendahkan kemaharan dia dan sambung membuat kerja sendiri, iaitu membuat bising. Ramai lagi yang tidak suka akan pelajaran Bahasa Arab yang diajar itu.

Keadaan menjadi tidak terkawal, guru itu berasa sangat kecewa dengan kami, lalu memberi sepatah dua kata sambil menangis teresak-esak, dia kemudiannya meninggalkan kelas kami dan merajuk sambil mengatakan bahawa dia tidak akan masuk ke kelas kami untuk mengajar lagi..

Kasut

Pada hari Jumaat yang mulia dan indah lalu, Saya datang ke sekolah seperti biasa. Kami kemudiannya masuk ke kelas kerana tidak ada apa apa perhimpunan pada hari jumaat, Yang peliknya, sepatutnya adakanlah perhimpunan pada hari jumaat, ini, diadakan pada hari Khamis pula....

 Kami memulakan pelajaran pada hari itu dengan mata pelajaran Al-Quran, di mana kami di paksa suruh untuk membaca atau menghafal ayat Al-Quran. Mata Pelajaran seterusnya ialah USRAH, kami duduk melepak sambil mendengar seorang Ustaz yang telah saya lupa namanya. Hari itu berjalan dengan lancar...

TETAPI, Sewaktu masa Lunch (Makan Tengahari), kami semua bersiap siap sedia untuk keluar dari kelas untuk menuju ke Kantin atau Cafe untuk makan, sebelum keluar kelas, kami menyusun kasut-kasut kami di belakang kelas dengan teratur. Selepas habis Solat Jumaat, kami balik ke kelas, Alangkah terkejutnya apabila kami melihat kasut-kasut kami yang telah rapi disusun telah DIRAMPAS. Selepas bertanya kepada Ammar, seorang murid di kelas saya, dia mengatakan bahawa guru kelas kami telah merampas kasut kasut kami kerana ianya bertaburan dan tidak tersusun. Kami berasa terkejut. Tapi tidak apalah, mungkin ada sebab-sebab tertentu.

Semasa waktu pulang, pemilik-pemilik kasut yang telah dirampas berkumpul di depan bilik guru kelas kami. Guru kelas kami pun keluar dari biliknya dan menyatakan bahawa kasut kami bersepah dan jika hendak kasut itu balik, kami perlu membayar RM2.. HAH? RM2????? RM2 UNTUK KESALAHAN YANG KAMI TIDAK BUAT?????

Seorang rakan dari kelas saya pada waktu itu sedang lalu di depan bilik guru, dia kemudiannya menerangkan apa yang telah terjadi, rupa-rupanya, ada seorang murid Tingkatan 4 memasuki kelas kami lalu tidur di atas kasut kasut kami, TAK ADA TEMPAT LAIN KE NAK TIDUR???? Tetapi guru kami tetap mahukan RM2nya, dengan hati yang tak rela (takde duit pon, terpaksa hutang) saya membayar RM2.

Sampai hari ini saya berasa sangat bengang dengan apa yang telah terjadi

Perarakan sempena Maulidur Rasul

Pada hari ini, sekolah KAFA Integrasi Taman Sri Watan (Sekolah agama adik saya) telah menganjurkan perarakan sempena Maulidur Rasul.

Ibu mengejutkan saya, adik dan ayah dari tidur pada pukul 7 pagi, kami kemudiannya mandi dan bersiap siap untuk pergi ke sekolah agama adik saya itu. Kerana adik saya seorang pelajar di sekolah agama itu, dia perlu memakai pakaian sekolahnya. Kami bertolak dari rumah pada pukul 7.25 pagi dan sampai ke sekolah itu pada pukul 7:30 pagi.

Apabila tiba di sekolah itu, murid-murid sekolah itu perlu beratur ke dalam barisan kelas masing masing. Ustaz dan guru-guru sekolah itu kemudiannya memberi taklimat tentang apa yang akan berlalu, jalan mana yang perlu dilalui dan sebagainya.

Tepat pada pukul 7:45, Perarakan bermula, beberapa murid Darjah 6 memegang kain rentang dan berada di hadapan. Sebahagian guru menaiki kereta di belakang kami semua. Ada juga ibu bapa yang menaiki motorsikal mengikut anak anak mereka sambil merakam menggunakan kamera video.

Inilah jalan yang kami lalu, sejauh 1.9 kilometer..



Setelah tiba ke sekolah agama, kami diberi makanan ringan iaitu roti bun dan air soya, seorang guru kemudiannya membuat presentasi tentang Maulud Nabi. Kerana terbiasa dengan "adat" yang ada di sekolah saya... iaitu tidur semasa guru sedang membuat presentasi di hadapan, maka saya pun tertidurlah sebentar.

Setelah habis presentasi tersebut, kami dibenarkan pulang ke rumah, tapi sebelum itu mereka mengedarkan sarapan pagi yang merupakan 1 paket nasi lemak untuk dibawa pulang. Setelah tiba di rumah, kami sekeluarga terus tidur terlentang kerana terlalu letih meng"eksersais" tadi...

Suatu pagi di bulan Februari

Pada pagi hari ini, Isnin 14 Februari 2011, Sekolah biasanya mengadakan perhimpunan.

Saya datang awal ke sekolah seperti biasa..... Pada kira kira 7:55 pagi, saya dan rakan rakan turun untuk memasuk ke perhimpunan. Perhimpunan kali ini agak berbeza dengan perhimpunan yang sebelumnya kerana hari ini kumpulan Nasyid dari Indonesia datang untuk bernasyid depan kami semua sewaktu perhimpunan. Suara mereka agak bagus...

Setelah itu, terdapat beberapa pengumuman oleh guru-guru tentang apa yang sekolah akan menganjurkan pada minggu ini. Setelah tamatnya perhimpunan, guru-guru sekolah menengah dipanggil untuk briefing tentang... hmm saya pon tidak tahu...

Selepas itu, pengawas tidak membenarkan kami untuk naik ke kelas. Kami berasa amat bengang... Kami kemudiannya disuruh untuk beratur dengan betul betul kononnya, kami disuruh meletakkan tangan ke atas bahu rakan di depan dan kemudian menjatuhkan balik.. Haishhh, macam budak-budak.. Sekolah lama saya pun tidak membuat macam itu, Pengawas itu kemudian menyuruh kami membaca ayat ayat dan berdiri tegak tidak boleh bergerak, kemudian ada orang bergerak, kami di PAKSA melakukan semua benda sekali lagi..

Takkan hendak bergerak untuk mengorek hidung yang berasa sangat gatal pun tidak boleh????????, Haih.. Dugaan... Dugaan, Apabila tiba di kelas, guru Matematik kami sudah menunggu, kami semua tidak ada "mood" untuk belajar...

IKEA & Ikano Power Centre & Cat Rumah

Pada hari Sabtu yang lepas, kami sekeluarga mengecat Ruang Makan kami. Tetapi adik dan ayah yang mengecat hampir 3/4 dari dinding dinding yang berada di ruang makan.

pada hari Ahad pula, kami pergi ke IKEA untuk membeli barang barang untuk bilik saya. Apabila tiba di IKEA, kami naik eskalator untuk naik ke tingkat atas, disitu adik mengambil pensil dan sehelai kertas dari IKEA untuk cacat apa yang mahu dibeli, tempat itu sungguh sesak dengan orang ramai. Setelah mencari Kerusi lipat yang saya hendak, kami jumpa barang itu di "Self-Service counter", Kemudian adik memilih kusyen kerusi berwarna merah jambu. yang anehnya, harga kusyen itu lagi mahal dari kerusi lipat.

Setelah membeli kerusi tersebut, ayah meletakkan kerusi itu kedalam kereta, kami kemudiannya pergi ke Harvey Norman untuk membeli televisyen untuk bilik saya, setelah mencari model yang paling bagus untuk saya, Ibu ternampak sebuah Televisyen LG 42LX6500 3D LED. Harga asal televisyen itu berharga RM7200 tetapi entah bagaimana terdapat diskaun dan ayah dapat membeli televisyen itu dengan harga RM3900.

Hati saya berasa sangat gembira apabila mereka memasang televisyen ini di rumah kami

Cuti Raya Cina

Chinese New Year (CNY) jatuh pada tarikh 4 haribulan 2 2011, pada tarikh ini, semua warga Malaysia bercuti daripada Khamis hingga Ahad. Bagi yang bersekolah pula kami diberi cuti 1 minggu, Tetapi, Sekolah saya sangat *bernas* tidak mahu memberi kami 1 minggu cuti, saya yang berasa sakit hati "membuat" cuti saya sendiri pada hari Rabu minggu berkenaan. Pada hari rabu itu ibu saya mengambil cuti daripada kerja, kami pergi ke rumah Nenek untuk melawat nenek dan berbual bual dgn ibu-ibu saudara. Semasa berada di rumah nenek, saya mendapat satu pesanan ringkas (SMS) dari Ayah saya. Di dalam SMS tersebut ayah saya berkata yang kami akan pergi ke Port Dickson untuk bercuti pada hari Khamis, saya berasa amat gembira.

Pada pagi hari Khamis (hari pertama CNY), ibu telah mengejutkan saya, ayah dan adik pada pukul 9 untuk bersiap siap untuk pergi ke Port Dickson, kami bertolak dari rumah dalam pukul 11:30, lalu tiba di Port Dickson dalam pukul 2 kerana terdapat kesesakan lalu lintas di KL-Seremban Highway. apabila tiba di Port Dickson, kami "check-in" ke hotel yang kami tinggal, iaitu PNB Ilham Resort. Oh, Ibu dan ayah saudara serta adik saudara turut ikut tidur di Apartment kami.. Kerana letih kami tidur sebentar. Pada pukul 6 saya sekeluarga pergi berjalan-jalan di tepi pantai dan kemudiannya mandi di kolam renang yang disediakan hotel itu.

Keesokan harinya, selepas sarapan pagi, kami pergi ke pantai Blue Lagoon dan menyewa 2 buah kayak, ayah berkayak bersama adik dan saya berkayak bersama ibu, kami berkayak selama 1 jam. Ini adalah "tracklog" kayak kami. "Tracklog" ini dihasilkan menggunakan aplikasi My Tracks di dalam telefon bimbit saya.



Setelah penat berkayak, kami balik ke apartment kami untuk bersiap siap untuk pulang ke rumah.  Keadaan lalu lintas pada waktu balik agak lancar. Tiada kesesakan, setelah tiba di rumah, kami tidur kerana keletihan