Digi Roaming, bahagian 2

Di Thailand tiada perkhidmatan 3G, dan saya terpaksa menggunakan koneksi internet yang lebih perlahan, iaitu EDGE, tetapi saya tidak menghiraukan hal itu kerana tujuan saya datang ke Phuket adalah untuk melancong, merehatkan minda dan bukan untuk memuat turun fail fail yang besar yang selalu dibuat di rumah. Saya cukup gembira dengan perkhidmatan DTAC, tidak ada gangguan telefon ketika saya berada di situ.

Pada pukul 6 petang, kami perlu meninggalkan "premium outlet" dan terus menuju ke Lapangan Terbang Phukety, saya berasa sangat sedih untuk meninggalkan pulau Phuket, masa berlalu begitu pantas yang saya dapat rasa yang saya baru tiba di Phuket sehari yang lepas walaupun telah berada di sana selama 4 hari. Semasa menunggu untuk menaiki kapal terbang, saya membuat keputusan untuk melayari internet di komputer riba saya. Jadi, saya menghidupkan Wi-Fi di komputer riba saya.



Adakah anda fikir bahawa adanya Wi-Fi percuma di lapangan terbang itu, jawapannya tidak, semuanya perlu di bayar. Saya kemudian tergerak hati untuk melancarkan aplikasi "WiFi Router" dari telefon bimbit saya, 
dan saya dapat menggunakan internet di komputer riba saya melalui koneksi internet di telefon bimbit saya menggunakan perkhidmata DTAC - DiGi Roaming. Kelajuan internet tidaklah sepantas mana tetapi saya dapat lah juga melayari internet.

Setelah 15 minit melayari internet di komputer riba, sampai masanya untuk menaiki kapal terbang, dan saya berasa sebak kerana perlu meninggalkan pulau itu. Dan apa yang saya dapat katakan ialah, tahniah dan terima kasih kepad pihak DiGi dan DTAC kerana membolehkan saya untuk melayari internet on-the-go walaupun dimana saya berada dengan harga yang berpatutan..

No comments:

Post a Comment